Saturday, 15 July 2017

Kesimpulan

Pengkaji akan memuat naik maklumat yang berkaitan dengan penggunaan kata ganti nama diri bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah teknologi maklumat iaitu melalui blogspot. Hal ini demikian kerana melalui cara sedemikian para pelajar atau tenaga pengajar dari sekolah rendah ataupun sekolah menengah boleh merujuk kajian secara mudah dengan hanya memerlukan satu “klik” sahaja. Ini membolehkan para pelajar supaya tidak melakukan kesilapan yang sama semasa membuat latihan atau dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentang penggunaan kata ganti nama diri bahasa Melayu. Tambahan pula, zaman sekarang ini adalah zaman teknologi yang canggih, cara ini merupakan cara yang lebih mudah untuk mencapai maklumat yang ingin dirujuk.  




Tuesday, 11 July 2017

Latihan Bertubi Kata Ganti Nama Diri

Latihan bertubi 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Bryan seorang murid yang pintar.______ belajar di kelas 6 Jujur.
A hamba
B patik
C saya
D dia

2. “_____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A beta
B saya
C patik
D kami

3. “Bolehkah ______ tunjukkan jalan ke perpustakaan negara?” kata Devi kepada gadis itu.
A mereka
B kamu
C beliau
D dia

4. “_______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A kami
B beliau
C kita
D saya

5. “______ akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada Sultan Iskandar.
A hamba
B beta
C baginda
D patik

6. Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ______ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A dia
B mereka
C anda

D beliau

7. Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C) Ching Mun._______ telah berkhidmat di sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
A baginda
B beta
C beliau
D patik

8. “______ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A baginda
B beta
C hamba
D patik

9. Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _______ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi tadi.
A anda
B -nya
C dia
D ia

10. ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan kita.
A tuanku
B mereka
C kita
D kami

11. “Wahai pelajar-pelajar, ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara 
        gading!" nasihat guru besar kepada kami.
A kalian
B engkau
C kami
D saya

12. “Lebih baik ______ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya apabila ternampak kebakaran.
A saya
B mereka
C dia
D kamu

13. Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A beliau
B baginda
C beta
D patik

14. “_____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A kamu
B kalian
C aku
D dia

15. “Bilakah  _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan 
       Iskandar.
A beta
B kamu
C tuanku
D hamba

16. “______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Amir dan 
       Johan kepada Ang.
A aku
B kami
C kita
D saya

17. Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _______ telah melarikan sejumlah barang 
      kemas yang bernilai RM 300 000.
A mereka
B engkau
C kita
D anda

18. “Sandra, marilah _____ pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.
A dia
B kita
C kamu
D saya

19. _______ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
A hamba
B beliau
C baginda
D mereka

20. _______ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia
B hamba
C beta
D -nya  






Jawapan:
1D
2B
3B
4C
5D
6B
7C
8B
9B
10C
11A
12D
13B
14A
15C
16B
17A
18B
19B
20A    

Tuesday, 4 July 2017

Jenis-Jenis Kata Ganti Nama

Mengikut pandangan Prof. Abdullah Hassan (2002), kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada empat golongan, iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan ganti nama tak tentu. Ada masanya kita tidak mahu menyebut nama sebenar orang atau benda itu. Kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan lain itu disebut sebagai ganti nama.


Contoh:
1.      a. En. Arif hendak ke mana? (nama sebenar)
     b. Awak hendak ke mana? (ganti nama)

2.      a. Cikgu Rohana ada di bilik guru. (nama sebenar)
     b. Beliau ada di bilik guru. (ganti nama)

3.      a. Buluh ialah sejenis rumput. Tetapi orang selalu menyangka ia adalah sejenis pokok. 
            (buluh = nama sebenar; ia = ganti nama)  


Ganti nama boleh dibahagikan kepada beberapa jenis :

a.       Ganti Nama Diri
b.      Ganti Nama Umum
c.       Ganti Nama Tanya
d.      Ganti Nama Tunjuk


     GANTI NAMA DIRI
     Ganti nama diri digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama sebenar orang itu. Terdapat tiga jenis ganti nama diri.
a.       Orang Pertama
b.      Orang Kedua

c.       Orang Ketiga

      GANTI NAMA DIRI ORANG PERTAMA
      Sekiranya kita bercakap. Kita menyebut diri sendiri sebagai orang pertama. Sekiranya kita tidak mahu menyebut nama kita sendiri semasa kita bercakap, kita boleh menggunakan perkataan lain.

      Perkataan-perkataan itu disebut ganti nama diri orang pertama, iaitu:
a.       Saya (bahasa halus)
b.      Aku (bahasa basahan)
c.       Beta (bahasa istana)
d.      Kita (ramai)
e.       Kami (ramai)
f.       Ku (bentuk pendek)

      GANTI NAMA DIRI ORANG KEDUA
      Sekiranya kita bercakap dengan orang lain, orang itu kita menyebut orang kedua. Sekiranya kita tidak mahu menyebut nama sebenar orang itu, kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan-perkataan itu ialah:

a.       Awak (bahasa basahan)
b.      Kamu (bahasa basahan)
c.       Anda (bahasa rasmi)
d.      Engkau (bahasa basahan)
e.       Kau (bentuk pendek)
f.       Kalian (ramai)

GANTI NAMA DIRI ORANG KETIGA
      Sekiranya dua orang bercakap-cakap tentang orang lain, orang lain itu disebut orang ketiga. Sekiranya kita tidak mahu menyebut nama sebenar orang itu, kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan-perkataan itu ialah:

a.       Dia (bahasa basahan)
b.      Ia (untuk bukan manusia)
c.       Beliau (bahasa rasmi)
d.      Mereka (bahasa rasmi)
e.       Nya (bentuk pendek)
f.       Baginda (bahasa istana)

      GANTI NAMA UMUM
      Apabila kita bercakap tentang apa-apa benda ataupun perkara dan kita tidak mahu menyebut nama sebenar benda itu, kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan itu disebut ganti nama umum.

     Ganti nama umum ialah:
a.       Apa
b.      Anu
c.       Bila
d.      Mana
e.       Siapa
f.       Bagaimana
g.      Ia
h.      Nya

      Contoh Ayat:
1.      Saya tahu apa (masakan) yang digemari oleh ayah.
2.      Mana anunya (benda).
3.      Ambil mana (benda) yang kamu suka.
4.      Siapa (orang) yang makan nangka, dialah yang kena getahnya.
5.      Beritahu bila (masa) dia datang.
6.      Bagaimana kamu hendak memanjat pokok itu.
7.   Virus AIDS sangat berbahaya. Ia mudah menjangkit.

      GANTI NAMA TANYA
      Apabila kita bertanya tentang apa-apa benda atau orang, kalau kita tidak mahu menyebut nama sebenar benda itu atau orang itu, kita boleh menggunakan perkataan-perkataan lain.

      Ganti nama tanya berfungsi membuat pertanyaan. Ganti nama tanya ialah:
a.       Apa
b.      Siapa
c.       Bila
d.      Bagaimana
e.       Kenapa
f.       Mengapa
g.      Dari mana
h.      Ke mana
i.        Berapa
j.        Mana

       GANTI NAMA TUNJUK
 Sekiranya kita menunjuk pada suatu benda tetapi kita tidak mahu menyebut nama benda itu,
 kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan itu disebut ganti nama tunjuk. Hanya ada dua
 ganti nama tunjuk iaitu ini dan itu

 Contoh ayat:
1.      Walaupun dia tidak minat pada muzik, itu hak dia.
2.      Mengapakah ini yang kamu pilih?




Definisi Kata Ganti Nama Diri Mengikut Pandangan Tokoh-Tokoh Bahasa

Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd. Nor (2007), kata ganti nama merupakan bentuk perkataan yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti bagi kata nama. Kata nama banyak digunakan bagi merujuk kepada kata nama lain atau perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama. Kata ganti nama diri juga merupakan salah satu daripada golongan kata ganti nama. Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri merupakan perkataan atau kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri ialah kata ganti nama yang merujuk kepada diri ataupun orang lain.





Manakala mengikut pandangan Arbak Othman (1985), kata ganti nama mempunyai lima jenis iaitu kata ganti nama orang atau diri, kata ganti nama pertanyaan, kata ganti nama umum, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama hubungan. Kata ganti nama orang atau diri merupakan perkataan yang bertugas sebagai pengganti nama orang. Kehidupan seharian manusia banyak menuntut agar manusia untuk berkomunikasi sesama sendiri. Oleh sebab itu, dengan adanya kata ganti nama diri akan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan dan lancar.





Pengakuan Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh Yong Ket Wui untuk tujuan kursus Teknologi Maklumat dan Penggunaannya (BKTM 2444), yang di...