Pengakuan
Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh Yong Ket Wui untuk tujuan kursus Teknologi Maklumat dan Penggunaannya (BKTM 2444), yang dikelolakan oleh Dr. Mohd Saipuddin Suliman di bawah Program Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Selatan. Sebarang pindah milik maklumat adalah tidak dibenarkan melainkan dengan keizinan pemilik. Emel: yong37@ymail.com
Penggunaan Kata Ganti Nama
Thursday, 10 August 2017
Saturday, 15 July 2017
Kesimpulan
Pengkaji akan
memuat naik maklumat yang berkaitan dengan penggunaan kata ganti nama diri
bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah teknologi maklumat iaitu melalui
blogspot. Hal ini demikian kerana melalui cara sedemikian para pelajar atau
tenaga pengajar dari sekolah rendah ataupun sekolah menengah boleh merujuk
kajian secara mudah dengan hanya memerlukan satu “klik” sahaja. Ini membolehkan
para pelajar supaya tidak melakukan kesilapan yang sama semasa membuat latihan
atau dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentang penggunaan kata ganti
nama diri bahasa Melayu. Tambahan pula, zaman sekarang ini adalah zaman
teknologi yang canggih, cara ini merupakan cara yang lebih mudah untuk mencapai
maklumat yang ingin dirujuk.
Tuesday, 11 July 2017
Latihan Bertubi Kata Ganti Nama Diri
Latihan bertubi 2
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1.
Bryan seorang murid yang pintar.______ belajar di kelas 6 Jujur.
A hamba
B
patik
C
saya
D dia
2.
“_____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada
Siti.
A beta
B saya
C
patik
D
kami
3.
“Bolehkah ______ tunjukkan jalan ke perpustakaan negara?” kata Devi kepada
gadis itu.
A
mereka
B
kamu
C
beliau
D dia
4.
“_______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke
pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada
ahli-ahlinya.
A kami
B
beliau
C kita
D
saya
5.
“______ akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada Sultan Iskandar.
A hamba
B
beta
C
baginda
D patik
6.
Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ______ tidak menyiapkan kerja
sekolah.
A dia
B
mereka
C
anda
D
beliau
7.
Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C) Ching Mun._______ telah berkhidmat di
sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
A
baginda
B
beta
C beliau
D
patik
8.
“______ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A baginda
B beta
C
hamba
D
patik
9.
Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _______ menolong seorang mangsa
kemalangan pada pagi tadi.
A anda
B
-nya
C dia
D ia
10.
______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan kita.
A tuanku
B mereka
C kita
D
kami
11.
“Wahai pelajar-pelajar, ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya
ke menara
gading!" nasihat guru besar kepada kami.
A kalian
B engkau
C kami
D
saya
12.
“Lebih baik ______ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada
kawannya apabila ternampak kebakaran.
A saya
B mereka
C dia
D
kamu
13.
Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri
Besar Johor.
A beliau
B baginda
C beta
D patik
14.
“_____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A kamu
B
kalian
C aku
D dia
15.
“Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta
dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan
Iskandar.
A
beta
B
kamu
C
tuanku
D
hamba
16.
“______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata
Amir dan
Johan kepada Ang.
A aku
B
kami
C
kita
D
saya
17.
Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _______ telah melarikan sejumlah
barang
kemas yang bernilai RM 300 000.
A mereka
B engkau
C kita
D
anda
18.
“Sandra, marilah _____ pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.
A dia
B
kita
C
kamu
D
saya
19.
_______ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di
kawasan ini.
A hamba
B beliau
C baginda
D
mereka
20.
_______ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia
B
hamba
C
beta
D
-nya
Jawapan:
1D
2B
3B
4C
5D
6B
7C
8B
9B
10C
11A
12D
13B
14A
15C
16B
17A
18B
19B
20A
Tuesday, 4 July 2017
Jenis-Jenis Kata Ganti Nama
Mengikut pandangan Prof.
Abdullah Hassan (2002), kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk
menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata
nama. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada empat golongan, iaitu kata ganti
nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan ganti nama tak
tentu. Ada masanya kita tidak mahu menyebut nama sebenar orang atau benda itu.
Kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan lain itu disebut sebagai ganti nama.
Contoh:
1. a.
En. Arif hendak ke mana? (nama
sebenar)
b. Awak
hendak ke mana? (ganti nama)
2. a. Cikgu Rohana ada di bilik guru. (nama
sebenar)
b.
Beliau ada di bilik guru. (ganti nama)
3. a.
Buluh ialah sejenis rumput. Tetapi orang selalu menyangka ia adalah sejenis pokok.
(buluh = nama sebenar; ia = ganti nama)
(buluh = nama sebenar; ia = ganti nama)
Ganti nama boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis :
a. Ganti
Nama Diri
b. Ganti
Nama Umum
c. Ganti
Nama Tanya
d. Ganti
Nama Tunjuk
GANTI
NAMA DIRI
Ganti nama diri
digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama sebenar orang itu. Terdapat
tiga jenis ganti nama diri.
a. Orang
Pertama
b. Orang
Kedua
c. Orang
Ketiga
GANTI NAMA DIRI ORANG
PERTAMA
Sekiranya kita
bercakap. Kita menyebut diri sendiri sebagai orang pertama. Sekiranya kita tidak mahu menyebut nama kita sendiri
semasa kita bercakap, kita boleh menggunakan perkataan lain.
Perkataan-perkataan
itu disebut ganti nama diri orang pertama,
iaitu:
a. Saya
(bahasa halus)
b. Aku
(bahasa basahan)
c. Beta
(bahasa istana)
d. Kita
(ramai)
e. Kami
(ramai)
f. Ku
(bentuk pendek)
GANTI
NAMA DIRI ORANG KEDUA
Sekiranya kita
bercakap dengan orang lain, orang itu kita menyebut orang kedua. Sekiranya kita tidak mahu menyebut nama sebenar orang
itu, kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan-perkataan itu ialah:
a. Awak
(bahasa basahan)
b. Kamu
(bahasa basahan)
c. Anda
(bahasa rasmi)
d. Engkau
(bahasa basahan)
e. Kau
(bentuk pendek)
f. Kalian
(ramai)
GANTI
NAMA DIRI ORANG KETIGA
Sekiranya dua
orang bercakap-cakap tentang orang lain, orang lain itu disebut orang ketiga. Sekiranya kita tidak mahu
menyebut nama sebenar orang itu, kita boleh menggunakan perkataan lain.
Perkataan-perkataan itu ialah:
a. Dia
(bahasa basahan)
b. Ia
(untuk bukan manusia)
c. Beliau
(bahasa rasmi)
d. Mereka
(bahasa rasmi)
e. Nya
(bentuk pendek)
f. Baginda
(bahasa istana)
GANTI
NAMA UMUM
Apabila kita
bercakap tentang apa-apa benda ataupun perkara dan kita tidak mahu menyebut
nama sebenar benda itu, kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan itu
disebut ganti nama umum.
Ganti nama umum
ialah:
a. Apa
b. Anu
c. Bila
d. Mana
e. Siapa
f. Bagaimana
g. Ia
h. Nya
Contoh Ayat:
1. Saya
tahu apa (masakan) yang digemari oleh
ayah.
2. Mana
anunya (benda).
3. Ambil
mana (benda) yang kamu suka.
4. Siapa
(orang) yang makan nangka, dialah yang kena getahnya.
5. Beritahu
bila (masa) dia datang.
6. Bagaimana
kamu hendak memanjat pokok itu.
7. Virus AIDS sangat
berbahaya. Ia mudah menjangkit.
GANTI
NAMA TANYA
Apabila kita bertanya
tentang apa-apa benda atau orang, kalau kita tidak mahu menyebut nama sebenar
benda itu atau orang itu, kita boleh menggunakan perkataan-perkataan lain.
Ganti nama tanya
berfungsi membuat pertanyaan. Ganti nama tanya ialah:
a. Apa
b. Siapa
c. Bila
d. Bagaimana
e. Kenapa
f. Mengapa
g. Dari
mana
h. Ke
mana
i.
Berapa
j.
Mana
GANTI
NAMA TUNJUK
Sekiranya kita menunjuk
pada suatu benda tetapi kita tidak mahu menyebut nama benda itu,
kita boleh
menggunakan perkataan lain. Perkataan itu disebut ganti nama tunjuk. Hanya ada
dua
ganti nama tunjuk iaitu ini dan itu.
Contoh ayat:
1. Walaupun
dia tidak minat pada muzik, itu hak
dia.
2. Mengapakah
ini yang kamu pilih?
Definisi Kata Ganti Nama Diri Mengikut Pandangan Tokoh-Tokoh Bahasa
Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd. Nor (2007), kata ganti
nama merupakan bentuk perkataan yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti
bagi kata nama. Kata nama banyak digunakan bagi merujuk kepada kata nama lain
atau perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama. Kata ganti nama diri
juga merupakan salah satu daripada golongan kata ganti nama. Menurut beliau
lagi, kata ganti nama diri merupakan perkataan atau kata yang dapat
menggantikan kata nama manusia. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri
ialah kata ganti nama yang merujuk kepada diri ataupun orang lain.
Manakala mengikut pandangan Arbak Othman (1985), kata ganti nama mempunyai lima
jenis iaitu kata ganti nama orang atau diri, kata ganti nama pertanyaan, kata
ganti nama umum, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama hubungan. Kata
ganti nama orang atau diri merupakan perkataan yang bertugas sebagai pengganti
nama orang. Kehidupan seharian manusia banyak menuntut agar manusia untuk
berkomunikasi sesama sendiri. Oleh sebab itu, dengan adanya kata ganti nama
diri akan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan dan lancar.
Tuesday, 27 June 2017
Selamat datang ke ruang bahasa kata ganti nama
Selamat Datang ke ruang bahasatehtarik.blogspot.com,
Kawan-kawan,
sambil anda minum teh tarik di mana-mana jua pun, anda boleh sambil belajar hukum-hukum kata ganti nama.
Kawan-kawan,
sambil anda minum teh tarik di mana-mana jua pun, anda boleh sambil belajar hukum-hukum kata ganti nama.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pengakuan Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh Yong Ket Wui untuk tujuan kursus Teknologi Maklumat dan Penggunaannya (BKTM 2444), yang di...
-
Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd. Nor (2007), kata ganti nama merupakan bentuk perkataan yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti bag...